h1

Jabu ke Lemanak diatu 2/4

April 2, 2009

JC’s sister and his brother in-law & JC’s nephew Anding Unchi adalah pilihan Jabu (perisai/shield) untuk menepis ideologi Johnny di Lemanak. Difahamkan mereka akan melawat rumah panjang Nanga Telinting (Heli akan mendarat di SK Nanga Menyebat – opposite of Johnny’s longhouse).

Dari kiri, Isaka Kana, Douglas Uggah & isteri, Nuyah Chuat (kakak JC)

Dari kiri, Isaka Kana, Douglas Uggah & isteri, Nuyah Chuat (kakak JC)

Nanga Telinting adalah sebuah rumah panjang  9 bilik, 15 minit perjalanan dari rumah panjang Johnny menggunakan perahu panjang. Seramai 2 orang dari rumah panjang tersebut adalah pegawai kerajaan (seorang pegawai tinggi di jabatan Pertanian dan seorang guru) dan 3 jurutera (bukan kerajaan). Tuai Rumah adalah anak saudara Johnny dan yang lainnya adalah saudara mara terdekat Johnny sendiri. Walau demikian, mereka tidak akan memihak kepada Jabooo… mee segera makan sahaja. Johnny telahpun mendahului Jabu menanam semangat keIbanan di rumah pan jang tersebut.

SK Nanga Menyebat kelihatan daripada rumah panjang Johnny Chuat. Di sinilah helikopter Jabu akan mendarat.

SK Nanga Menyebat kelihatan daripada rumah panjang Johnny Chuat. Di sinilah helikopter rakyat yang dipergunakan oleh Jabu akan mendarat.

h1

Bekempen secara senyap

April 1, 2009

Taktik dan strategi tersendiri. Johnny berkempen seperti lawatan biasa selama ini, kerana setiap rumah panjang sememangnya sentiasa dikunjungi oleh Johnny Chuat. Mesra rakyat bukan sahaja masa kempen tetapi pada masa yang lain juga.

Gambar diambil semalam di salah sebuah rumah panjang, semasa Johnny berucap.

Gambar diambil semalam di salah sebuah rumah panjang, semasa Johnny berucap.

Nah, apabila Johnny mengumpulkan saudara mara untuk mendengar ucapan beliau, secara otomatik saudara mara akan datang. Inilah mesra rakyat. Bukan seperti Mussen yang hanya kelihatan mengunjungi rumah panjang sekarang sahaja. Selama ini dimana dia?

Difahamkan juga Jabu akan berkempen ke Nanga Menyebat (SK Nanga Menyebat), yang letaknya berdekatan dengan rumah panjang Johnny. Siapa orang yang ‘diajak’ oleh Jabu?? Dua daripada mereka adalah pegawai tinggi kerajaan yang sengaja dipilih oleh Jabu untuk ‘membidas’ ideologi Johnny. Kaum keluarga JC sendiri yang berasal dari Lemanak, pegawai tinggi kerajaan yang mungkin berkepentingan dalam kerajaan Jabu. Dua daripada mereka adalah

  1. Anding Unchi – Resident Engineer, JKR Betong (Ibu kepada Anding Unchi adalah 1st cousin JC)
  2. Isaka Kana – Pemegang Jawatan Tinggi di High Court, Kuching dan bekas Residen Sarikei, bekas DO Betong. (Isteri Isaka Kana adalah kakak JC sendiri)

Macam mana sekali pun, kalau ada mee segera, makan saja. Tapi ingatlah………

h1

Lilin membakar diri……

March 31, 2009

Adakah terjawap spekulasi mengenai Johnny yang mengatakan beliau di’sponser’ oleh pihak tertentu?

For the sake of my people, why should I hope to be 'financed' by any anybody?

For the sake of my people, why should I hope to be 'financed' by anybody? No way man! I am not as cheap as James Jemut Masing!!

h1

Johnny akan sibuk berkempen

March 31, 2009
untitled3

Johnny diserbu lagi oleh wartawan dan menjadi tumpuan media semasa hari penamaan calon

Sekarang timbul persoalan dan spekulasi yang tidak mungkin terjawap oleh sesiapa kecuali Johnny sendiri. Apakah motif di sebalik semuanya ini? Ramai yang melontar cemuhan, kritikan dan tidak kurang pula yang memberi pendapat bahawa langkah beliau adalah yang terbaik dan merupakan langkah yang bakal merobah kepimpinan BN dan ada pula yang mengatakan itu adalah satu lakonan yang mreupakan perlian dan tamparan hebat kepada BN sehingga James J. Masing membuat ulasan bahawa itu adalah strategi PKR dan Johnny adalah seseorang yang memainkan strategi terpenting yang sengaja dirancang oleh PKR. Namun bila ditanya, Johnny menafikan tuduhan JJM tersebut dan itu membuatkan jiwa keIbanan/keDayakan beliau semakin membara. Johnny menganggapkan kritikan JJM itu adalah pemangkin kepada semangat perjuangan beliau. Read the rest of this entry »

h1

Spekulasi mengenai Johnny Anak Chuat

March 30, 2009

Kita semua maklum, JC menarik diri daripada menjadi calon bebas ketika hari penamaan calon di ADUN N29 tempoh hari. Banyak spekulasi dari individu dan media diterima. Walaupun saya tidak hadir di sana pada hari penamaan calon, berdasarkan sumber yang diterima, sebaik sahaja JC keluar dari dewan penamaan calon, beliau diserbu oleh pemberita/wartawan diama beliau mengesahkan yang dia mempunyai misi dan agenda yang sama dengan PKR. Maka, beliau mengistiharkan dirinya menyokong PKR dan menyeru semua penyokong-penyokong beliau untuk mengikut langkahnya menyokong PKR. Read the rest of this entry »

h1

Johnny ditemuramah oleh wartawan

March 28, 2009
dscf1264

Dalam perjalanan ke Lubok Antu, rombongan Johnny ditemuramah oleh pemberita

h1

Johnny sah akan bertanding…??

March 27, 2009
Jc

Sumber - uchukeling.com. Johnny dengan borang penamaan calon. Beliau telah siap bersedia untuk menghadapi lawan!!!

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.