JC’s sister and his brother in-law & JC’s nephew Anding Unchi adalah pilihan Jabu (perisai/shield) untuk menepis ideologi Johnny di Lemanak. Difahamkan mereka akan melawat rumah panjang Nanga Telinting (Heli akan mendarat di SK Nanga Menyebat – opposite of Johnny’s longhouse).

Dari kiri, Isaka Kana, Douglas Uggah & isteri, Nuyah Chuat (kakak JC)
Nanga Telinting adalah sebuah rumah panjang 9 bilik, 15 minit perjalanan dari rumah panjang Johnny menggunakan perahu panjang. Seramai 2 orang dari rumah panjang tersebut adalah pegawai kerajaan (seorang pegawai tinggi di jabatan Pertanian dan seorang guru) dan 3 jurutera (bukan kerajaan). Tuai Rumah adalah anak saudara Johnny dan yang lainnya adalah saudara mara terdekat Johnny sendiri. Walau demikian, mereka tidak akan memihak kepada Jabooo… mee segera makan sahaja. Johnny telahpun mendahului Jabu menanam semangat keIbanan di rumah pan jang tersebut.

SK Nanga Menyebat kelihatan daripada rumah panjang Johnny Chuat. Di sinilah helikopter rakyat yang dipergunakan oleh Jabu akan mendarat.







